免费HR文件
在您企业的HR领域中遇到困难吗?

我们拥有您需要的一切,当然还有一些额外的
发掘各种可免费获取的HR文件,这些文件的目的是帮助您,让您的工作更容易。在这里,您可以寻找到几乎所有可以帮助您有效地管理您的最佳人才和您的企业的文件。
用准确的HR文件,让您的企业更上一层
Transform Your Business Forever with Accurate HR Documents
Download HR document templates in a single zip file.

Persetujuan Data Peribadi & Privasi
Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Kakitangan.com (dimiliki oleh Coastal Hectare Sdn Bhd) mengendalikan maklumat peribadi yang anda kemukakan kepada kami di laman-laman web yang dikawal oleh Coastal Hectare Sdn Bhd.
Keselamatan
Laman web ini mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi maklumat peribadi pengguna kami. Apabila pengguna mengemukakan maklumat sensitif melalui laman web ini, maklumat anda akan dilindungi di dalam talian dan juga di luar talian.
Disamping menggunakan penyulitan Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk melindungi maklumat sensitif dalam talian, kami juga mengambil semua langkah munasabah mengikut keupayaan kami untuk melindungi maklumat pengguna di luar talian. Kesemua maklumat pengguna kami, bukan hanya maklumat sensitif yang dinyatakan di atas, adalah terhad dengan mempunyai akses hanya di pejabat-pejabat kami. Misalnya, hanya di antara kakitangan-kakitangan kami yang memerlukan maklumat pelanggan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan kami yang tertentu akan dibenarkan akses.
Kesemua kakitangan kami akan sentiasa dimaklumkan dan diingatkan untuk mengendalikan amalan keselamatan dan privasi kami yang terkini. Setiap tahun, serta dimana-mana masa polisi baru dilaksanakan, kami akan sentiasa memperingatkan kakitangan-kakitangan kami supaya meletakkan kepentingan yang besar dalam memastikan keselamatan maklumat peribadi pelanggan serta langkah-langkah keselamatan untuk memastikan maklumat peribadi pelanggan kami sentiasa dilindungi. Akhir sekali, komputer pelayan yang kami gunakan untuk menyimpan maklumat peribadi pelanggan adalah disimpan di dalam persekitaran yang selamat.
Akhir sekali, untuk akses keselamatan dari syarikat anda – sebagai seorang kakitangan, anda hanya boleh mengakses data anda sendiri; sebagai seorang pengurus, anda hanya boleh mengakses data terhad kakitangan-kakitangan anda dan sebagai seorang kakitangan HR, anda merupakan pusat kawalan data syarikat anda: anda boleh mengakses data yang anda isikan bagi pihak kakitangan-kakitangan anda ke Kakitangan.com.
Pangkalan data setiap syarikat dicipta secara berasingan, pengguna-pengguna tidak dibenarkan untuk mengakses data syarikat lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dengan keselamatan laman web kami, anda boleh menghantar e-mel kepada support@kakitangan.com.
Apakah jenis Maklumat Peribadi yang dikumpulkan dan bagaimana ia digunakan?
Maklumat peribadi termasuk maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda dan maklumat yang anda kemukakan kepada kami melalui laman web Kakitangan.com. Ini termasuk butir-butir pengenalan diri anda seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, nama syarikat dan tarikh pendaftaran. Segala Maklumat Peribadi akan diproses oleh pihak kami dan mungkin wujud keadaan di mana data peribadi pelanggan akan diproses oleh anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat bersekutu kami, termasuk pihak-pihak ketiga seperti pembekal perkhidmatan luaran.
Maklumat peribadi dikumpulkan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Untuk membolehkan pengurusan sistem maklumat sumber manusia yang lengkap dari fungsi permulaan sehingga ke pengakhiran yang dipilih dan digunakan oleh syarikat anda, seperti sistem permohonan cuti, gaji, pengurusan faedah dan lain-lain;
- Untuk membolehkan Kakitangan.com menyediakan sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan (seperti faedah-faedah atau insurans kepada anda) untuk syarikat anda sekiranya syarikat anda memerlukan sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dari Kakitangan.com;
- Untuk membolehkan Kakitangan.com menawarkan dan menyediakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan untuk anda yang mungkin diperolehi dengan arahan anda; dan
- Untuk secara berterusan meningkatkan taraf produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Kakitangan.com yang ditawarkan kepada anda.
Kakitangan.com juga mungkin mengumpul maklumat mengenai lawatan anda ke laman web Kakitangan.com tanpa anda mengemukakan sebarang maklumat melalui pelbagai saluran secara aktif seperti penggunaan ‘cookies’. Pengumpulan maklumat melalui penggunaan ‘cookies’ boleh mengoptimumkan pengalaman anda terhadap pelayaran laman web Kakitangan.com dan membantu Coastal Hectare Sdn Bhd mengumpul statistik dan menganalisis trend yang boleh membantu untuk terus meningkatkan taraf laman web Kakitangan.com pada masa akan datang.
Kami mungkin berkongsi dan menzahirkan Maklumat Peribadi anda seperti berikut:
- Kepada anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, entiti-entiti yang berkaitan atau kakitangan-kakitangan syarikat masing-masing, penasihat profesional, agen-agen atau wakil-wakil syarikat;
- Kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal-pembekal dan vendor-vendor. Sebagai contoh:
a. Apabila melibatkan pemindahan data peribadi kepada pusat pengumpulan data luar negara untuk disimpan dengan selamat dengan menggunakan perkhidmatan awan web hosting yang bertaraf dunia; dan
b. Apabila diarahkan oleh syarikat anda untuk menghantar maklumat tertentu kepada pembekal-pembekal manfaat yang berpotensi (seperti syarikat-syarikat insurans) dalam usaha untuk anda mendapatkan (seperti perkhidmatan-perkhidmatan insurans) faedah-faedah tersebut; dan
c. Mana-mana senario lain yang berkaitan. - Untuk mematuhi segala undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau peruntukan undang-undang;
- Untuk melaksanakan litigasi, mempertahankan atau bertindak balas dengan sewajarnya kepada tuntutan mahkamah atau pertanyaan yang melibatkan mana-mana pihak berkuasa berkanun; dan
- Untuk secara umumnya melindungi hak dan harta Kakitangan.com dan untuk memastikan kecekapan teknikal dan fungsi sistem kami.
Pengemaskinian Maklumat Peribadi
Sekiranya maklumat pengguna peribadi mengalami perubahan seperti alamat e-mel, kami mempunyai cara untuk membetulkan, mengemaskini atau membuang data peribadi yang dikemukakan kepada kami. Ini boleh dilakukan pada seksyen Kakitangan Profil di laman web Kakitangan.com atau melalui e-mel kepada support@kakitangan.com. Maklumat peribadi pengguna juga boleh dikemaskini berdasarkan data yang disediakan kepada Kakitangan.com daripada majikan pengguna tersebut.
Akibat kegagalan pembekalan data peribadi
Anda boleh memilih sama ada untuk mengemukakan Maklumat Peribadi anda kepada kami atau tidak. Sekiranya anda tidak ingin berbuat sedemikian, anda mungkin tidak berpeluang untuk memperolehi perkhidmatan kelebihan tertentu yang bergantung kepada Maklumat Peribadi anda, seperti sistem permohonan cuti, atau faedah-faedah lain (sebagai contoh, insurans) yang dikemukakan kepada anda oleh majikan anda.
Pautan
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web yang lain. Sila ambil perhatian bahawa Kakitangan.com tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman-laman web yang lain. Kami menggalakkan pengguna-pengguna kami supaya berwaspada apabila mereka meninggalkan laman web kami dan membaca syarat-syarat privasi bagi setiap laman-laman web lain yang mengumpul maklumat peribadi anda. Notis privasi ini hanya tertakluk secara khusus kepada maklumat yang dikumpul oleh laman web ini.
Pengekalan data
Sekiranya anda masih aktif menggunakan Kakitangan.com, data anda akan disimpan dalam jangka waktu sekurang-kurangnya 7 tahun mengikut peruntukan undang-undang.
Sekiranya anda tidak lagi menggunakan Kakitangan.com dan meminta kami untuk mengeluarkan kesemua data-data anda, kami akan menyingkirkan data-data tersebut dan tidak lagi menyimpan salinan data-data anda dalam Kakitangan.com.
Integriti data
Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan adalah data yang terkini.
Penafian Perundangan
Kami akan sentiasa menggunakan usaha yang munasabah untuk mengekalkan privasi anda. Walaubagimanapun, mungkin wujud keadaan di mana data peribadi anda akan dizahirkan kepada mana-mana pihak berkuasa berkanun mengikut peruntukan undang-undang di mana kami mempercayai sepenuh hati bahawa tindakan itu adalah diperlukan untuk mematuhi prosiding kehakiman semasa, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang disampaikan kepada kami di laman web kami.
Dengan mengakses dan menggunakan laman web kami, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat Polisi ini dan membenarkan kami memproses data peribadi anda selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat Polisi ini. Sekiranya anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini atau tidak bersetuju dengan cara kami mengumpul dan memproses data peribadi anda, sila berhenti menggunakan atau mengakses laman web kami. Kami mempunyai hak atas budi bicara mutlak kami dari semasa ke semasa untuk segera menarik balik dan / atau menamatkan penggunaan laman web kami dengan sesiapa yang enggan memberikan kebenaran atau menarik balik persetujuannya untuk memproses data peribadi tersebut.
Butir-butir Hubungan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai dasar privasi kami, sila hubungi kami di:
support@kakitangan.com
Coastal Hectare Sdn Bhd (201401036129 (1112266-U))
35B Jalan Bukit Desa 5
58100 Kuala Lumpur
Terma-terma Penggunaan
Selamat datang ke Kakitangan.com (“Laman Web”) sebuah laman web yang membolehkan perniagaan kecil-kecilan menjalankan pengurusan sistem sumber manusia dalam talian. Laman Web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Coastal Hectare Sdn Bhd (selepas ini, “Syarikat”). Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat kepada anda adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut. Sekiranya anda melayar, melanggan atau membeli-belah di Laman Web ini, anda dikehendaki menerima syarat-syarat ini. Sila baca dengan teliti.
Bidang Kuasa Undang-Undang Sahaja
Produk-produk yang dinyatakan di dalam Laman Web ini adalah hanya untuk orang awam di Malaysia dan di bidang kuasa di mana produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh dijual secara sah. Tiada apa-apa dalam Laman Web ini boleh dianggap sebagai permintaan untuk membeli atau sebagai tawaran untuk menjual mana-mana produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada sesiapa di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan, pembelian atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang.
Penggunaan Had
Laman Web ini adalah untuk kegunaan perniagaan kecil-kecilan dan kakitangan-kakitangan perniagaan kecil-kecilan tersebut untuk menjalankan pengurusan sistem sumber manusia dalam talian. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Laman Web ini atau kandungannya untuk sebarang keuntungan komersial. Syarikat ini mempunyai hak untuk menghalang mana-mana pihak yang terlibat dalam penggunaan yang tidak dibenarkan daripada mengakses Laman Web ini.
Tanda-tanda Dagangan
Kakitangan.com atau Kakitangan adalah tanda dagangan Syarikat ini. Tanda dagangan Syarikat tidak boleh digunakan untuk berkaitan dengan mana-mana produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak berada di dalam lingkungan milik Syarikat, dalam apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan pelanggan, atau dalam apa-apa cara yang memperkecilkan atau mencemarkan nama baik Syarikat. Semua tanda dagangan yang tidak dimiliki oleh Syarikat yang muncul di Laman Web ini adalah hak milik pemilik masing-masing.
Hak Cipta
Kesemua kandungan yang berada di laman web ini, seperti teks, gambar-gambar grafik, logo-logo, butang-butang ikon, imej-imej, klip-klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian komputer, adalah hak milik Syarikat atau pembekal-pembekal kandungannya dan adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan badan antarabangsa. Penyusunan semua kandungan pada laman web ini adalah hak milik eksklusif Syarikat dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan badan antarabangsa. Kesemua perisian komputer yang digunakan di laman web ini adalah hak milik Syarikat atau pembekal-pembekal perisiannya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan badan antarabangsa.
Akaun Gaji
Sekiranya anda menggunakan Laman Web ini, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kesulitan akaun anda dan kata laluan anda dan untuk menyekat akses ke komputer anda, dan anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun atau kata laluan anda. Di samping itu, dengan menggunakan Laman Web ini, anda menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai hak undang-undang untuk menggunakan Laman Web ini. Syarikat tidak akan menjual perkhidmatan-perkhimatan kepada pengguna-pengguna yang berada di bawah umur yang ditetapkan, kerana ia hanya untuk pengguna-pengguna yang mengikuti keperluan umur. Sekiranya anda membeli perkhidmatan Syarikat bagi pihak seseorang yang bawah umur, anda dikehendaki bersetuju untuk menyelia semua penggunaan Laman Web ini oleh pengguna bawah umur tersebut di bawah nama atau akaun anda. Syarikat mempunyai hak untuk menolak perkhidmatan, menghentikan akaun akaun atau menghapuskan akaun atau mengubah kandungan mengikut budi bicara mutlaknya.
Anda memberi keizinan dan kebenaran kepada Kakitangan.com dan Syarikat hak untuk memproses data anda untuk penggunaan anda dalam sistem, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan dan analisis, bil, prosedur pemprosesan sumber manusia, merujuk pelanggan-pelanggan baru dan lain-lain.
Anda mungkin perlu mengemukakan beberapa maklumat yang boleh meringankan penyelesaian masalah kami oleh kerana kakitangan kami mempunyai akses yang terhad semasa menyokong penggunaan anda dalam Kakitangan.com. Data yang kami perlukan haruslah berkaitan dengan penyelesaian masalah dan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi ketika menggunakan Kakitangan.com. Kami mengambil langkah-langkah yang baik dan betul untuk mengendalikan data anda, seperti melatih kakitangan-kakitangan kami untuk TIDAK meminta data sensitif seperti kata laluan anda.
Maklumat Gaji
Kakitangan.com akan memberitahu anda melalui komunikasi elektronik atau dalam erti kata lain apabila semua data yang diperlukan untuk memulakan servis telah diterima dan proses memuat naik data telah selesai. Anda hendaklah kemudiannya, sebelum menghantar gaji pertama anda, memastikan data sudah lengkap dan ketepatan maklumat gaji. Untuk tujuan perjanjian ini, “Maklumat Gaji” patut bermaksud semua maklumat yang dimuat naik untuk ulasan anda di dalam servis seperti, maklumat yang digunakan untuk mengira dan membayar gaji pekerja, mengawal cuti pekerja, pembayaran pcb/epf/socso seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan semua badan berkanun ini. Anda mesti membetulkan maklumat gaji yang salah atau yang hilang, sama ada dengan sendiri atau dengan memberitahu Kakitangan.com dengan cara yang dinyatakan dalam komunikasi elektronik dan dalam jangka masa yang dinyatakan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan semua maklumat yang anda berikan, hantar dan/atau luluskan, termasuk, tanpa had apa-apa penalti.
Anda bersetuju bahawa dengan menghantar setiap gaji (termasuk gaji pertama):-
- Anda telah meluluskan dan mengesahkan semua maklumat gaji,
- anda telah mengasingkan dan mengeluarkan apa-apa tuntutan terhadap Kakitangan.com yang disebabkan oleh apa-apa kesalahan dalam Maklumat Gaji yang anda tidak perbetulkan atau belum minta Kakitangan.com untuk bantu perbetulkan,
- sebarang permintaan berikutnya mengenai pembetulan akan dianggap pengendalian khas dan yuran tambahan mungkin dikenakan.
Audit terakhir terletak pada anda. Kakitangan.com tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan ketepatan data anda sediakan atau yang anda muat naik terus melalui servis atau kaedah lain. Kakitangan.com boleh membenarkan, tetapi tidak patut diwajibkan untuk membenarkan Pentadbir Gaji atau wakil lain yang ditetapkan untuk berhubung dengan Kakitangan.com melalui mel elektronic atau kaedah lain mengenai servis.
Anda bersetuju bahawa sebarang komunikasi mel elektronik atau kaedah komunikasi lain akan disediakan untuk manfaat dan kemudahan anda, bahawa sebarang Maklumat Gaji, kemasukan atau arahan lain yang disampaikan kepada Kakitangan.com akan dianggap telah diberi kebenaran sepenuhnya oleh anda dan anda patut bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat itu, termasuk, tanpa had, sebarang cukai atau penalti lain; dan itu, walaupun dengan kebenaran ini, Kakitangan.com boleh memutuskan untuk menerima, menolak, atau bertindak ke atas sebarang arahan.
Kakitangan.com, pekerjanya dan agen akan merahsiakan dengan baik semua data yang diberikan oleh anda atau dikeluarkan oleh Kakitangan.com di bawah perjanjian ini; dengan syarat, mana-mana pihak tidak akan bertanggungjawab jika maklumat disebarkan melalui sumber lain, atau jika Kakitangan.com, pekerjanya dan agen menyebarkan maklumat disebabkan kepercayaan yang munasabah bahawa anda telah membenarkan pendedahan berkenaan.
Integrasi Dengan Laman-Laman Web Pihak Ketiga dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga
Untuk menggunakan dan / atau mengakses perkhidmatan Kakitangan.com yang tertentu, anda boleh mengarahkan Kakitangan.com untuk mendapatkan dan menguruskan maklumat anda yang dikekalkan oleh institusi pihak ketiga seperti syarikat gaji atau syarikat-syarikat insurans kesihatan – di mana anda mempunyai hubungan pelanggan, mengekalkan akaun atau terlibat dalam urus niaga kewangan (“Maklumat Akaun”). Kami akan berhubung dengan pembekal-pembekal perkhidmatan dalam talian tersebut untuk mengakses Maklumat Akaun ini. Mengikut arahan anda, kami mungkin juga akan membuka akaun bagi pihak anda di institusi pihak ketiga dan membuat perubahan kepada maklumat anda bagi pihak anda dengan laman-laman dan perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga.
Apabila mengimport maklumat anda daripada institusi pihak ketiga, kami tidak akan membuat sebarang usaha untuk mengkaji semula Maklumat Akaun untuk sebarang tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ketepatan, kesahan atau bukan pelanggaran. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman-laman web pihak ketiga.
Dengan menyerahkan maklumat, data, kata laluan, nama pengguna, PIN, maklumat log masuk, bahan-bahan dan kandungan-kandungan yang lain melalui Perkhidmatan Kakitangan.com, anda bersetuju untuk mengemukakan kandungan tersebut kepada kami semata-mata untuk tujuan Perkhidmatan Kakitangan.com. Kami boleh menggunakan dan menyimpan kandungan tersebut, tetapi hanya untuk menyediakan Perkhidmatan Kakitangan.com kepada anda. Dengan menyerahkan kandungan ini kepada kami, anda menyatakan bahawa anda berhak untuk mengemukakan kandungan ini kepada kami untuk digunakan bagi tujuan tersebut, tanpa sebarang obligasi oleh kami untuk membuat sebarang bayaran atau untuk batasan-batasan yang lain.
Maklumat Pihak Ketiga
Walaupun Kakitangan.com memantau maklumat di Laman Web ini, sesetengah maklumat yang berada di Laman Web ini adalah maklumat yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Walaupun Kakitangan.com berusaha untuk memastikan ketepatan semua maklumat di Laman Web ini, Kakitangan.com tidak membuat sebarang jaminan terhadap ketepatan maklumat-maklumat tersebut.
Penafian Waranti dan Liabiliti Terhad
Laman web ini disediakan oleh syarikat ini berdasarkan pada asas “sebagaimana adanya” dan “yang tersedia ada”. Syarikat ini tidak membuat sebarang perwakilan atau sebarang bentuk jaminan, tersurat atau tersirat, untuk operasi laman web ini atau maklumat-maklumat, kandungan-kandungan, bahan-bahan, atau produk-produk yang termasuk di laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda dengan jelas bersetuju bahawa anda melakukannya atas risiko anda sendiri. Sebarang pautan ke laman-laman web yang lain dan kandungan-kandungan pautan adalah disediakan untuk pertimbangan anda dan ianya bukan untuk tujuan atau sokongan daripada syarikat ini. Mengikut perundangan yang berpatutan, syarikat menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Syarikat tidak akan menjamin bahawa laman web ini, komputer pelayan yang digunakan, atau e- mel yang dihantar dari syarikat ini adalah bebas dari virus atau komponen berbahaya yang lain. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dalam apa jua bentuk yang timbul daripada penggunaan laman web ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada secara langsung, secara tidak langsung, secara bersampingan, secara punitif, dan ganti rugi berbangkit, walaupun syarikat menyedari kewujudan kemungkinan ganti rugi tersebut.
Perundangan Yang Berkenaan
Dengan melawati Laman Web ini, anda bersetuju dengan mematuhi segala peruntukan undang-undang Malaysia, tanpa mengambil kira prinsip konflik undang-undang, yang semata-mata mengawal terma Undang-undang dan Pelesenan dan pertikaian yang mungkin timbul antara anda dan Syarikat.