Rakan Digital (RD)
Geran Digital
PKMS Madani
Digitalisasikan Perniagaan Anda dan Jimat Sehingga RM5,000 dengan Geran Digital PKMS Madani.
Kerajaan Malaysia sedang menawarkan geran padanan sehingga RM5,000 untuk menyokong PKS dalam penggunaan penyelesaian digital. Sebagai Rakan Digital yang diluluskan, Kakitangan.com membolehkan anda mengakses geran ini apabila anda melanggan perkhidmatan HR dan gaji kami.
Apa Itu Geran Digital PKMS Madani?
Geran Digital PKMS Madani ialah inisiatif kerajaan untuk membantu PKS tempatan menggunakan sistem dan perkhidmatan digital untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kerajaan akan memadankan 50% daripada kos digitalisasi anda, sehingga RM5,000, apabila anda mendaftar bersama Kakitangan.com sebagai Rakan Digital yang diluluskan.
Apa yang anda perlu tahu untuk mohon geran ini
Siapa Yang Layak?
Anda layak jika syarikat anda:
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia (PKS/PBT/SKM)
- Telah beroperasi secara aktif sekurang-kurangnya 6 bulan
- Mempunyai hasil jualan tahunan RM50,000 ke atas
- Belum pernah menerima Geran Digital PKMS Madani sebelum ini
Dokumen Diperlukan
Sediakan dokumen berikut:
- Salinan MyKad (Pengarah)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Bil utiliti terkini atau perjanjian sewa
- Penyata bank (2 bulan terakhir)
- Penyata kewangan atau rekod jualan syarikat
Aliran Proses Permohonan PKS
Bagaimana Untuk Mohon – Dari Awal Hingga Tamat
PKS
Mohon melalui Funding Societies (FS)
Kelulusan dari FS
- Notifikasi e-mel kepada RD untuk kelulusan
• Notifikasi e-mel kepada PKS
PKS
Membuat bayaran kepada FS
Hantar notifikasi dan bayar 50% kepada RD
Rakan Digital (RD)
Terima notifikasi dari FS untuk 50% pertama dan hantar tuntutan baki 50% kepada BSN
BSN bayar 50% kepada DP
Rakan Digital (RD)
RD terima baki 50% bayaran dari BSN
View image to see the overall process flow.
Langkah-Langkah Permohonan Geran
Kenapa Pilih Kami Sebagai Rakan Digital Anda?
Lebih 10 tahun pengalaman dalam digitalisasi HR & Gaji
Dipercayai oleh 10,000+ PKS seluruh negara
Pematuhan penuh dengan undang-undang Malaysia & LHDN
Onboarding mudah & sokongan berdedikasi
Pasukan tempatan dengan sokongan dalam Bahasa/Mandarin/Inggeris
Sedia Untuk Mohon?
Portal geran kini telah dibuka — anda boleh mula mohon sekarang!
Jika anda ada sebarang soalan atau perlukan bantuan sepanjang proses ini, hubungi kami. Kami sedia membimbing anda setiap langkah.