Kursus Borang EA
Latihan EA Form secara praktikal khas untuk Pengurus HR, Kewangan & Gaji, serta Pemilik Perniagaan
Kenapa Perlu Sertai Kursus Penyiapan Borang EA ini?
- Bimbingan Praktikal, Bukan Teori Semata-mata
Pelajari langkah demi langkah cara menyediakan dan menyiapkan borang EA dengan betul, menggunakan contoh sebenar dan panduan daripada pakar.
- Kekal Patuh & Elakkan Penalti
Fahami kehendak dan garis panduan LHDN supaya syarikat anda memfailkan borang EA tepat pada masanya serta mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh membawa risiko penalti.
- Jimat Masa & Kurangkan Tekanan
Kuasi proses yang tersusun dan boleh diulang setiap tahun — tiada lagi persiapan saat akhir pada bulan Februari.
- Direka Khas untuk Profesional yang Sibuk
Sesi yang ringkas, fokus dan dijalankan secara dalam talian melalui Zoom — sesuai untuk pengurus HR, kewangan, gaji dan pemilik perniagaan.
Makluman Penting: Dimaklumkan bahawa rakaman sesi tidak disediakan. Semua pendaftaran memerlukan peserta untuk hadir semasa sesi berlangsung. Slaid latihan akan dikongsi hanya kepada peserta yang hadir. Sijil tidak disediakan bagi sesi ini.
Kerjasama dan pemahaman anda amat dihargai.
Penceramah Latihan
Profil HR Sifu
Nizam Shari
Nizam Shari, pakar HR berpengalaman yang sering berada disebalik tabir membantu semua pelanggan kami. Pakar dalam memberi tips berguna untuk HR admin dan telah membantu lebih dari 3,000 syarikat yang dikendalikan Kakitangan.com.
Dengan pengalaman mengendalikan HR lebih dari 22 tahun, beliau mempunyai kepakaran HR dan Payroll yang mampu membimbing semua SME, terutama tentang perkara yang berkaitan undang-undang dan caruman berkanun.
Beliau kini memfokuskan kepada kursus payroll untuk semua pelanggan Kakitangan.com dan memberi nasihat HR profesional kepada syarikat nasional dan antarabangsa dengan bilangan pekerja dari 5 orang hingga lebih dari 800 orang.
Apa yang Menjadikan Kursus EA Form Kakitangan.com Berbaloi?
Kuasai Penyediaan EA Form dengan Yakin
Kursus ini membimbing anda melalui keseluruhan proses borang EA — daripada mengumpul maklumat pekerja hingga melengkapkan setiap bahagian dengan tepat. Anda akan lebih yakin menyiapkan borang EA tanpa perlu ragu-ragu.
Jimat Berjam-jam Masa & Kurangkan Tekanan Bulan Februari
Daripada tergesa-gesa pada saat akhir, anda akan belajar kaedah yang lebih tersusun dan efisien. Teknik yang dikongsi akan membantu anda menyiapkan borang EA dengan lebih cepat dan teratur.
Kekal Patuhi Peraturan & Elakkan Penalti
Penceramah akan menerangkan kehendak semasa LHDN, tarikh penting, dan kesilapan lazim yang sering menyebabkan penalti. Anda akan menerima tip praktikal untuk memastikan borang EA disediakan tepat dan mengikut peraturan terkini.
Tip Praktikal Terus daripada Pakar Gaji
Ini bukan sesi kursus biasa — ia adalah kursus praktikal daripada pakar pengurusan gaji yang mengurus borang EA setiap hari. Anda akan menerima contoh sebenar, panduan mudah, serta jawapan kepada soalan anda secara terus.